Langkau ke kandungan utama
RESTU ILMU
STPM PENGGAL 2 2017


Tarikh : 19 Mei 2017
Masa : 7.30 -8.30
Tempat : Dataran Ilmu

Kehadiran:
Pn. Hjh Subaidah Kandar (PK)
Hj. Rohaizad Mokhtar (PKTE)
GATE
Pelajar 6 Atas
Pelajar 6 Bawah

Aturcara:
Ucapan Pengerusi Program
Bacaan Doa
Ucapan Wakil Pelajar
Ucapan PKTE
Ucapan PK
Sesi bersemuka pelajar-guru

Setiap kali menghadapi peperiksaan besar seperti STPM Penggal1, Penggal 2 dan Penggal 3, Majlis Restu Ilmu akan diadakan. Majlis ini diadakan untuk memberi peluang guru-guru dan murid-murid termasuk pentadbir sama-sama menjernihkan suasana sebelum pelajar-pelajar terlibat menghadapi peperiksaan besar. Dalam program ini para guru pasti akan merestui segala ilmu yang dicurahkan kepada semua pelajar mereka. Mereka juga mengambil kesempatan memohon maaf daripada semua pelajar sebagai lambang harga diri yang tinggi. Memintaa maaf bukan menjadikan diri seseorang hina sebaliknya meningkat martabat dan kedudukan. Juga bagai lambang keberanian yang penuh ketulusan. Bagi para pelajar pula inilah kesempatan yang perlu dimenfaatkan meminta izin dan restu atas segala ilmu yang telah diajar oleh para guru. Mereka juga diberi peluang seluas-luasnya untuk memohon keampunan dari semua guru supaya keampunan Allah SWT juga hadir dengan keampunan guru. Penjernihan hubungan guru pelajar ini diharap memberikan motivasi tinggi kepada kesediaan pelajar menghadapi peperiksaan. SMKKKB Cemerlang.

En. saifulnizam Abd Hamid selaku pegacara program

Wajah-wajah kebimbangan menjelang exam P2



Antara barisan GATE

Mohd Haikal - wakil pelajar T6Atas

Muhaimain - pembaca doa
Hj Rohaizad Mokhtar - PKTE mewakili GATE keseluruhannya

Hjh Subaidah Kandar mewakili pentadbiran dan sekolah keseluruhannya

Sesi bermaafan dan pohon restu ilmu





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

STPM 2017 TERBAIK DALAM SEJARAH SMKKKB 6 Mac 2018 dianggap tanggal istimewa bagi SMK Kuala Kubu Bharu kerana keputusan STPM 2017 yang dikeluarkan begitu menceriakan semua bekas pelajar STPM SMKKKB 2017, para pentadbir dan pengurusan sekolah, guru-guru yang terlibat secara lansung mendidik pelajar-pelajar berkenaan yang dipanggil GATE, ibu bapa dan semua pihak yang ada bekepentingan dengan SMKKKB kerana keputusan yang diumumkan menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Keputusan tahun 2017 juga dianggap terbaik dalam sejarah STPM SMKKKB. PENCAPAIAN STPM  SMKKKB 2017 ITEM SASARAN 2017 STATUS SEMUA  A 0.0% TIDAK CAPAI PERATUS LULUS 100 MELEPASI SASARAN PNGK 2.84 MELEPASI SASARAN Calon-calon 2017 menunjukkan prestasi yang cemerlang kerana PNGK 2016 ialah 2.56 dan meningkat menjadi 2.84 iaitu peningkatan sebanyak 0.28. Kedudukan ini menjadikan SMKKKB mampu menduduki rangking...
DIALOG PENINGKATAN PRESTASI STPM PENGGAL 2 SMK KUALA KUBU BHARU TARIKH : 8 MAC 2018 MASA : 7.30-10.00 PAGI TEMPAT : DEWAN GEMILANG ASRAMA SMKKKB PERASMI : PN. HJH HAMIDAH ABDUL SAMAD (PENGETUA) Hj. Rohaizad Mokhtar, PK Ting Enam SMKKKB sedang memberikan Taklimat Hala Tuju STPM SMKKKB 2018 Pn. Hjh Hamidah Abdul Samad, Pengetua SMKKKB Memberi Ucap Utama, Motivasi dan merasmikan program OBJEKTIF PROGRAM 1.         Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan calon-calon STPM 2018 2.         Membugarkan hala tuju yang telah ditetapkan. 3.    Menetapkan usaha dan pendekatan berkesan untuk meningkatkan pencapaian dan mengurangi kegagalan. 4.         Meningkatakn pencapaian STPM SMKKKB pada tahun 2018. Barisan Guru-guru Akademik Tingkatan Enam SMKKKB yang menjadi tulang belakang kecemerlangan STPM 20...
BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONAL AKADEMIK TINGKATAN ENAM DAERAH HULU SELANGOR 10 April 2017, Makmal Crome, SMKKKB satu Bengkel Peningkatan Akademik Tingkatan Enam Daerah Hulu Selangor bagi mata pelajaran Pengajian AM telah berjaya dilaksanakan. SMKKKB diamanahkan oleh PPDHS sebagai penganjur kali ini. Penceramah dan fasilitator sepanjang bengkel ini berlansung ialah Pn. Husniza Mohd Tahir. Seramai 13 orang guru Pengajian AM dari SMKKKB (5), SMK Sg Choh (4), SMK  Syed Mashor (2) dan SAMT KKB (2) telah berjaya hadir. Diucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Tn. Hj Manap Bin Jarkasi yang memberi ucaputama sebelum majlis perbengkelan berlansung. Bengkel bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 1.30 petang. Semua peserta berharap akan diadakan bengkel untuk Penggal 3 dan Penggal 1 pada semester yang akan datang. Tn. Hj. Manap bin Jarkasi memberi ucap utama kepada peserta bengkel Pn. Husniza Mohd Tahir sebagai penceramah dan fasilitator ...