Langkau ke kandungan utama
STPM 2017
TERBAIK DALAM SEJARAH SMKKKB

6 Mac 2018 dianggap tanggal istimewa bagi SMK Kuala Kubu Bharu kerana keputusan STPM 2017 yang dikeluarkan begitu menceriakan semua bekas pelajar STPM SMKKKB 2017, para pentadbir dan pengurusan sekolah, guru-guru yang terlibat secara lansung mendidik pelajar-pelajar berkenaan yang dipanggil GATE, ibu bapa dan semua pihak yang ada bekepentingan dengan SMKKKB kerana keputusan yang diumumkan menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Keputusan tahun 2017 juga dianggap terbaik dalam sejarah STPM SMKKKB.


PENCAPAIAN STPM 
SMKKKB 2017
ITEM SASARAN
2017
STATUS
SEMUA 
A
0.0%
TIDAK CAPAI
PERATUS LULUS
100
MELEPASI SASARAN
PNGK
2.84
MELEPASI SASARAN

Calon-calon 2017 menunjukkan prestasi yang cemerlang kerana PNGK 2016 ialah 2.56 dan meningkat menjadi 2.84 iaitu peningkatan sebanyak 0.28. Kedudukan ini menjadikan SMKKKB mampu menduduki rangking ke 10 di peringkat negeri Selangor. Tahniah kepada semua pelajar, terima kasih kerana semua GATE dan pengurusan SMKKKB dan bersyukur kepada Allah SWT atas anugerah yang begitu cemerlang.
Sesungguhnya kecemerlangan ini memerlukan tanggungjawab yang lebih berat dan tugas yang lebih fokus serta menyeluruh kerana usaha-usaha untuk mengekal dan mencabar keputusan tahun 2017 pastinya akan menjadi lebih mencabar.



Keputusan keseluruhan mengikut mata pelajaran




33 Calon drp 71 yang mendapat PNGK 3.0 - 4.0. Tahniah

NASWANY BINTI NASIRUDIN - Best Student 2017 dengan PNGK 3.92
menerima slip keputusan daripada PKTE SMKKKB

Berikut adalah sebahagian wajah-wajah ceria yang sempat dirakamkan.
Masih ada lagi yang belum dirakamkan. In shaa Allah akan diabadikan lagi
semasa HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM nanti. 














 Guru-guru yang memberikan slip keputusan penuh dengan keceriaan


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DIALOG PENINGKATAN PRESTASI STPM PENGGAL 2 SMK KUALA KUBU BHARU TARIKH : 8 MAC 2018 MASA : 7.30-10.00 PAGI TEMPAT : DEWAN GEMILANG ASRAMA SMKKKB PERASMI : PN. HJH HAMIDAH ABDUL SAMAD (PENGETUA) Hj. Rohaizad Mokhtar, PK Ting Enam SMKKKB sedang memberikan Taklimat Hala Tuju STPM SMKKKB 2018 Pn. Hjh Hamidah Abdul Samad, Pengetua SMKKKB Memberi Ucap Utama, Motivasi dan merasmikan program OBJEKTIF PROGRAM 1.         Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan calon-calon STPM 2018 2.         Membugarkan hala tuju yang telah ditetapkan. 3.    Menetapkan usaha dan pendekatan berkesan untuk meningkatkan pencapaian dan mengurangi kegagalan. 4.         Meningkatakn pencapaian STPM SMKKKB pada tahun 2018. Barisan Guru-guru Akademik Tingkatan Enam SMKKKB yang menjadi tulang belakang kecemerlangan STPM 20...
BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONAL AKADEMIK TINGKATAN ENAM DAERAH HULU SELANGOR 10 April 2017, Makmal Crome, SMKKKB satu Bengkel Peningkatan Akademik Tingkatan Enam Daerah Hulu Selangor bagi mata pelajaran Pengajian AM telah berjaya dilaksanakan. SMKKKB diamanahkan oleh PPDHS sebagai penganjur kali ini. Penceramah dan fasilitator sepanjang bengkel ini berlansung ialah Pn. Husniza Mohd Tahir. Seramai 13 orang guru Pengajian AM dari SMKKKB (5), SMK Sg Choh (4), SMK  Syed Mashor (2) dan SAMT KKB (2) telah berjaya hadir. Diucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Tn. Hj Manap Bin Jarkasi yang memberi ucaputama sebelum majlis perbengkelan berlansung. Bengkel bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 1.30 petang. Semua peserta berharap akan diadakan bengkel untuk Penggal 3 dan Penggal 1 pada semester yang akan datang. Tn. Hj. Manap bin Jarkasi memberi ucap utama kepada peserta bengkel Pn. Husniza Mohd Tahir sebagai penceramah dan fasilitator ...